.

Sunday, May 20, 2012

sebelum tidur



tutup lampu.

baring.

pejam mata.
 
kemudian,
selepas 1.5 jam, masih lagi tak dapat lelap. walaupun mata sudah penat, tapi otak masih lagi cergas berfikir.

tiba-tiba terfikirkan tentang suatu perkara; ramadan!

sebenarnya masa tinggal dua purnama sahaja lagi untuk ramadan. aku bertanya pada diri, "hilmi, sudah bersedia?".

aku bimbang jika tak kesampaian untuk menemuinya, dan sebenarnya aku lebih suka untuk tidak kesampaian menamatkannya.

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلّغنا رمضان

Friday, May 18, 2012

final exam


esok ada dua exam.
lusa ada satu exam.

tapi...

aku tak rasa apa pun.
perasaan 'sangat tenang' itu sangat bahaya!

pelik, setiap semester macam ni!




*hilmi, semoga dapat buat yang terbaik untuk exam esok & lusa. ;)

Monday, May 7, 2012

pentas

dahulu,
atas pentas itu,
akulah antagonis.

kini,
atas pentas yang sama,
aku menjadi protagonis.

hari ini menjadi balasan,
buat masa yang telah berjalan,
pentas itu kehidupan,
pengarahnya Tuhan,
pelakonnya insan,
sentiasa bebas memilih haluan.